short-term-memory

you're a not rock n roll fun

Monday, January 31, 2011

HARI BESAR UNTUK ORANG KECIL

esok masuk bulan februari.minggu depan juga aku akan sambut hari lahir aku. Semua orang akan excited bila tiba Hari Lahir masing-masing. Excited sebab nak menyambutnya. Tapi kalau tanya aku, aku rasa kecil sangat untuk hari Besar aku. Entah aku tak tahu kenapa rasa macam tu. Setiap kali hari lahir, tanggungjawab semakin jelas nampak. Semua benda kena buat, kena ada perancangan masa depan. semua kena tanggung sendiri. Hidup harus berdikari. tapi tulah. "masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu dan jembalang yang ada". bagi aku menjadi seorang dewasa sangat-sangat susah dan amat menakutkan.

*nota untuk diri sendiri : setiap saat masa berjalan ekin

Sunday, January 23, 2011

CHEF BERSAIZ KECIL



apa pendapat anda yang gemar memasak atau sememangnya chef bila melihat kanak-kanak yang berumur 8-12 tahun mengendalikan dapur masak dengan baik sekali.

bagi orang yang minat bab masak-memasak mesti anda tahu tentang MasterChef dan lebih mengetahui tentang JuniorMasterChef.melihat mereka memilih bahan-bahan masakan dan menghidangkan kepada 3 juri tetap dan 1 juri jemputan dan memasak serta menghidangkan masakan memang sangat HEBAT

Seramai 50 kanak-kanak dipilih dari lebih 50 ribu orang kanak-kanak seluruh daerah di Australia bagi mencari the one and only JUNIOR MASTERCHEF AUSTRALIA. Hebat bukan? melihat 50 kanak-kanak bertungkus-lumus mengedikan masakan yang cemerlang dan enak untuk melayakkan mereka menjadi Top 20, sangat berbangga okay. bagi 30 kanak-kanak lain, mereka juga berbakat besar dan peluang mereka menjadi Chef terkemuka masih terbuka luas. 




dan semenjak mak tambah dapur basah. gua rasa gua kena masuk dapur setiap minggu tuk memangasah skill memasak gua haha. tunggu master chef malaysia pulak cane okay ? keh keh keh
 

Monday, January 17, 2011

NOTA UNTUK PARA IBUBAPA

 hey akak hey abang. kau jangan nak manjakan anak kesayangan kau tu lebih-lebih eh. tak kan nak mara sikit pun tak boleh. pukul sikit je bukan kuat pun. eh bukan hari-hari pun. saja je pegang rotan tu bagi depa takut sikit kalau tak hareem nak denga cakap. cakap kuat-kuat wajiblaah. kalau tak depa mana nak denga kita cakap langsung takpay attention. cam cakap ngan sepender tau dak ? itu tak boleh ini tak boleh, kalau anak hang tu baek cam kucing parsi takpa gak ni tak, baek dea macam ayam bertelur sebijik tau dak ? mara orang laen sendiri yang terasa. ada buat salahlaah tu. mengada betui laah. shoot pale hampa kang baru tahu. kalau anak tak boleh nak diusik sikit pun hang la yang ganti aku ajar depa yang kurang faham bahasa melayu ni. aku cakap english pun tak faham aku cakap cina lagi la depa tak faham. atau hang bawak anak hang balik hang ajar dan jaga sendiri okay ? itu mungkin boleh buat hati kamu senang sikit kan kan kan ? nak berhentikan anak ? okay good idea haha tak larat dah nak layan anak-anak hampa semua nih ! selamat tinggal jelaah yang boleh diucapkan pun. mintak maaf bebanyak ye. bye bye !

Monday, January 3, 2011

SEMUA ORANG WAJIB MEWUJUDKANNYA !



SENARAI KESYUKURAN EKIN KACAK

  1. Saya bersyukur saya masih lagi bernafas
  2. Saya bersyukur mempunya family yang cool
  3. Saya bersyukur ABAH saya lawak MAMA saya rock
  4. Saya bersyukur mak saya sangat hebat dalam segala hal 
  5. Saya bersyukur ada dua abang lelaki walaupun takda kakak perempuan 
  6. Saya bersyukur family masih lagi berkumpul makan bersama-sama setiap hari 
  7. Saya bersyukur saya sudah punya pekerjaan dan boleh bayar duet PTPTN dengan duet gaji sendiri ;p
  8. Saya bersyukur kerana saya tidak dikategorikan sebagai anti sosial
  9. Saya bersyukur ada kawan yang ramai 
  10. Saya bersyukur kawan-kawan saya sangat cantik dan hensem serta sangat fashionable
  11. Saya bersyukur saya seorang yang kuat makan
  12. Saya bersyukur saya berani dan suka mencuba makanan yang baru
  13. Saya bersyukur rumah saya ada internet. wireless lagi jadi awak boleh datang ke rumah saya online free :)
  14. Saya bersyukur berat badan saya ngam dengan ketinggian saya. BMI saya okay 
  15. Saya bersyukur dulu saya bersekolah di Tekni ERT Setapak
  16. Saya besyukur saya tinggal dimalaysia yang aman damai lagi makmur
  17. Saya bersyukur saya ada lesen kereta dan boleh bawa kereta kemana saja tanpa rasa takut
  18. Saya bersyukur umur saya sekarang sudah menjangkau angka 22 tahun
  19. Saya bersyukur kerana saya agak muda remaja lagi
  20. Saya bersyukur saya seorang yang bukan penyimpan dendam
  21. Saya bersyukur kawan-kawan saya masih mahu berkawan dengan saya
  22. Saya bersyukur saya ramai kawan
  23. Saya bersyukur saya seorang perempuan dan masih lagi dara 
  24. Saya bersyukur saya tinggal dikawasan yang agak kampung (tak suka rumah dekat-dekat)
  25. Saya bersyukur saya mempunyai diploma pendidikan in preschool
  26. Saya bersyukur hidup saya happy walaupun belum mempunyai boiperen lagi
  27. Saya bersyukur saya seorang yang sayangkan kanak-kanak, haiwan dan alam sekitar
  28. Saya bersyukur saya seorang yang banyak cakap tapi sangat pemalu dengan orang yang baru dikenali
  29. Saya bersyukur tempat kerja saya sangat fun walaupun kadang-kadang boring + penat
  30. Saya bersyukur ada kawan-kawan yang percayakan saya
  31. Saya bersyukur kucing saya sangat cantik bernama epal
  32. Saya bersyukur saya boleh menggunakan mana-mana kereta rumah pada bila-bila masa walaupun bukan saya punya kereta
  33. Saya bersyukur yang saya sangat suka membaca
  34. Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental
  35. Saya bersyukur masih punya perasaan
  36. Saya bersyukur saya ada laptop sendiri
  37. Saya bersyukur saya seorang yang suka berjalan-jalan. backpack yuk !
  38. Saya bersyukur ada kawan yang suka belanja saya makan. belanja laah lagi dan lagi heeehe
  39. Saya bersyukur saya pandai menganyam ketupat dan itu kerja tetap saya pada hari raya. nak tempah boleh la call num ke num saya
  40. Saya bersyukur saya agak pandai memasak
  41. Saya bersyukur kerana saya agak pandai menabung
  42. Saya bersyukur kerana saya suka aktiviti lasak. sebab tu laah saya dapat PLKN dekat gua musang lagi kah kah kah
  43. Saya bersyukur saya still lagi contact dengan kawan sekolah tenik dan kawan plkn saya
  44. Saya bersyukur saya suka pada benda-benda yang rare dan yang indah-indah
  45. Saya bersyukur makana dekat malaysia semua sedap-sedap belaka. sebab tu oranga malaysia comel-comel belaka ;p
  46. saya bersyukur saya sukakan tumbuh-tumbuhan yang bewarna hijau (alam semulajadi)
  47. Saya bersyukur malaysia banyak tempat-tempat yang menarik lagi best untuk dilawati
  48. Saya bersyukur punya mata yang sempurna untuk melihat benda-bendah yang indah. lelaki kacak misalnya ;)
  49. Saya bersyukur saya pandai bawak motor juga. selalu xcident tapi tak serik nak bawak macam minah rempit
  50. Saya bersyukur walau sesibuk manapun saya. saya masih lagi boleh online setiap hari dan membaca status kawan-kawan dekat FB
  51. Saya bersyukur saya pernah panjat broga hill's dan nak pergi lagi walaupun penat dea tahap dewa punya sebab view dea perghh superb bila dah sampai puncak rasa wooow !
  52. Saya bersyukur saya dapat lagi menikmati kehidupan harian
  53. Saya bersyukur saya bangun pagi dengan kesyukuran dan kegembiraan dihati
  54. Saya bersyukur hari-hari saya pergi mengajar dengan gembira dan berjumapa dengan kanak-kanak yang boleh menceriakan hari saya dan paw bekal makanan deorang kah kah kah
  55. Saya bersyukur kerana saya bersyukur dan banyak lagi syukur saya tapi tak larat nak update kat sinimaka update setiap hari pada Tuhan saja
 Semoga anda juga mensyukuri segala-galanya yang anda patut syukuri. ia datang dari hati dan fikirkan menggunakan akal. so apa yang anda syukuri ? ia mungkin inspirasi untuk orang sekeliling anda. semoga hari-hari anda bahagia
peace yaw  :)

Saturday, January 1, 2011

AZAM DAN KEAZAMAN

bila tiba tahun baru semua akan berkata pasal azam. dan aku tak suka dan tak pernah main dengan azam. tak minat. sebab apa yang penting bagi aku adalah HIDUP ! BAHGIA itu saja.
tapi bila dah banyak kali ditanya hendak saja dijawab : mahu kawen ! FULLSTOP

oh btw SELAMAT TAHUN BARU semua. gembira sentiasa hendaknya. kita buka buku baru tapi jangan terlalu memikirkan kedepan. fikirkan yang belakang belakang baiki kesilapan. okay kawan :)

dan aku tutup buku aku dengan senyuman :)