short-term-memory

you're a not rock n roll fun

Wednesday, October 26, 2011

DEEPAVALI

kadang-kadang, bila kita bangun tidur - kita rasa macam nak tidur semula, mmm...
best, memang best. duduk diam dalam rumah. TIDUR. selesa rasanya. bangun tidur badan rasa penat, biasa.
Petang-petang hujan minum nescafe + roti bakar. Terbaik !

Anyway selamat hari raya kawan india saya :) terutama Sathiya, Kiru, Sobana, Sanggary, Sharline dan yang lain-lain. Korang tak buat open house ke eh ? :) Muruku kasi sent la kat ruma. nak ladu sekali tau. Okbai

P/s : mesti cantikkan rumah korang ada Rangoli ;0


Monday, October 17, 2011

2 HAL BESAR


cuma ada 2 hal besar dalam hidup ini   "CINTA dan KEMATIAN". ketika kita siap menerima kedua-duanya, beerti kita siap menghadapi apa saja. -rudy in tentang dia-

Wednesday, October 12, 2011

YUNALIS zarai :)

the most fav from my fav Yuna
yunalis memang Kurt Cobain laa HAHA

ANDA SEMAKIN MATANG BILA....


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, October 4, 2011

nota untuk menteri pelajaran malaysia

aku memang tak faham. kau berebut nak bawa masuk tenaga pengajar dari luar walhal tenaga pengajar dalam malaysia ni banyak lagi yang kau belum nampak hebatnya. kau tak tahu ke negara luar sana tu juga yang nampak potensi rakyat malaysia sampai nak ambil mereka-mereka ni kerja denga mereka.

aku benci kau aku benci kau sebab kau kakak kesayangan rakyat tepi jalan berhijrah ke russia. kazakh sana. ingat dekat ke jauh tau.
tapi
aku juga berterima kasih kerana ada yang percaya akan kebolehan dia untuk berkongsi ilmu.

p/s : we will miss you Fynn Jamal  you are the best teacher in the world !

RELATED




dengan ini


oh dengan ini juga :))



hanya kau saja tahu persamaan dia.

Monday, October 3, 2011

...........

kau tak akan tahu bagaimana rasanya dengan hidup yang tidak dapat memberikan sebanyak-banyaknya, tapi hidup dengan menerima sebanyak-banyaknya . 
haishh !