short-term-memory

you're a not rock n roll fun

Monday, August 30, 2010

Monday, August 23, 2010

untuk warga FACEBOOK


 

nota kaki: jgn tag aku air berais yg sedap seperti milo ais tabur, air tebu dan laen laen. juga makanan yang nampak sangat enak sehingga air liur berkumpul dalam mulut. di mana mungkin keimanan tidak cukup kuat untuk di tahankan lagi. oke !

Wednesday, August 11, 2010

SUBJEKTIF

 

Kita bukan pekak
Bukan kudung
Bukan tuli
Bukan bisu
Bukan buta
Bukan nazak
Bukan uzur

Kita cuma punya
Kulit gelap
Badan pendek
Hidung peset
Telinga besar
Tetek kecik
Kurus kering
Betis penuh
Lengan lembik
Muka petak
Dahi sendat
Mulut lebar
Gigi bersempang siur

Kita rasa rendah diri
Rasa kecil hati
Rasa mahu mati
Rasa mahu bunuh diri
Rasa kecewa
Rasa duka
Rasa hina
Rasa malu
Rasa pilu
Rasa rendah
Rasa murah
Rasa sedih

Dan kita menjerit-jerit pada Tuhan;
Kenapa aku tidak secantik dia?
Kenapa aku tidak selawa dia?
Kenapa aku tidak semanis dia?
Kenapa tidak dicipta aku sesempurna dia?

Tak perlu bijaksana
Tak perlu hati mulia
Tak perlu pandai berkata-kata
Tak hormat manusia
Tak perlu rasa bahgia
Tak perlu rasa cinta
Tak perlu tahu tentang dunia
Mahu cantik saja

Biar mereka semua pandang
Biar mereka semua tenung
Biar mereka terbayang-bayang
Biar mereka bertambah sayang
Biar mereka peluk depan belakang


Cantik subjektif itu sial belaka
Akal perangai buang semuanya
Yang adili bukan Tuhan, Cuma manusia
Maka perkara pertama adalah rupa

Rupa lawa
Rupa jelita
Rupa cantik
Rupa menarik
Rupa rupawan
Rupa menawan
Rupa hebat
Rupa memikat

Dan, perlahan-lahan kita mati
Bukan dengan caci dan maki
Bukan dengan suara-suara yang menyakiti
Bukan dengan pandangan mereka yang benci
Bukan dengan persekitaran yang membebani
Tapi dengan falsafah cantik yang kita bina sendiri

**Untuk kita-kita yang obsess kepada rupa dan kecantikan hingga jiwa dan akal tolak semuanya.
~fazleena hishamuddin~

selamat berpuasa



p/s : still tak sangka dah masuk bulan ramadhan.
        macam mana pun kena kumpul duet ni nak beli baju raya :)

syaitan sangat jahat la wei

saya punga kuasa psikik. jadi jangan sekali-kali kamu semua melakukan perkarayang tidak sepatutnya. saya tahu semuanya. saya kesiankan pada kamu semua. tapi saya mintakan padaNYA kerana saya mahu kamu semua rasa sengsara jiwa.

nah rasakan ini. kerana kamu semua benari bermain dengan api bukan ?

maaf kerana telah dirasuk oleh syaitan nirrajimmm.......

Sunday, July 25, 2010

tiada jiwa

aku dah mula tak suka keje yanga aku buat sekarang (padahal dari mula lagi tak suka). dah la penat tahap dewa kayangan (eh dewa kayangan best la ngek). basah ketiak oh (macam keje berat nau la). sehari keje rasa macam seminggu. sangat tak best. apa yang tak best plus tak suka pun aku tak tahu la. dan aku rasa cukup la sebulan aku keje situ. untuk bulan yang akan datang akan dipertimbangkan mahu ke tak mahu keje kat situ lagi. hee. tap nak cari keje lain malas plus tak tahu pun cane nak cari keje dan keje apa yang betul-betul aku nak. tapi sayang nak tinggalkan.

keje aku sekarang ?
oke serious tak de jiwa. maaf.


Friday, July 2, 2010

suatu hari di sebuah tempat

bosan. 
boring gila babi. 
aku rasa lebih baik dari tak buat apa-apa.
duduk dirumah pun oke saja. 
goyang kaki lebih selesa.
lebih baik tak ada rasa. 
tapi aku manusia. 
aku bukan robot tak punya rasa.
tapi rasa bosan ini cukup menyiksa jiwa. 
kerna aku cukup tak suka  dengan rasa ini.
cukup benci. 
rasanya seperti mahu menjerit gila babi.
macam rasa dimuntahkan diri. 
cukup ngeri. 
menunggu lama pun tak sebegini.
sendiri susah hati. 
lebih baik makan tidur mimpi.  
arrggh benci begini.