short-term-memory

you're a not rock n roll fun

Thursday, August 4, 2011

AKU SIKU BARU KAU TAHU

 memang tak ada benda yang adil dalam dunia ni kan ? eh salah, memang susah nak jumpa. 
SIALAN !

Bila tua tak sedar diri.hidup tak bererti .pintu taubat tak mencari.
 

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA


tahun ni ramadhan bermula 1 ogos. semua umat islam akan mengawal nafsu selain dapat mengukuhkan ibadat 5 waktu *peringatan untuk aku. semoga kita dapat menambahkan pahala lagi :)

selamat berpuasa untuk semua umat islam di dunia.

Sunday, July 10, 2011

KALAU NAK SENANG

  Sekarang aku rasa aku dah besar. Besar untuk orang yang rasa kecil macam aku. Bukan kecil fizikal tapi kecil kematangan. Aku dah mula fikir yang besar-besar. Paling banyak aku fikir ialah MASA DEPAN. Aku semakin meningkat dewasa. Dibekalkan banyak tanggungjawab, yang paling berat terhadap diri sendiri. 

Bukan senang nak hidup dalam dunia sekarang, banyak sangat halangan yang perlu kau tempuh lagi-lagi untuk seorang yang agak malas macam aku. Berlajar malas, kerja lagilah malas, semua jadi susah. 

Malu dengan kawan-kawan, tak punya kertas kelayakkan yang setimpal tapi hidup dalam keenakan dunia dengan titik peluh sendiri. kau ada ? kadang-kala saja kan kau senang ? uhmm. sebab apa, kau MALAS dan kurang BERDOA. dalam ayat seribu dinar pun dah ada sebut kan. bukan nak cakap apa tapi

cgpa langsung tidak menjanjikan apa-apa di masa hadapan --jawatan, kemewahan, dll.

tapi ia membantu membuka pintu.

tapi itu pun masih belum tentu.

but hey, at least we open up opportunities. kau cuma perlu berusaha dan berdoa

satu lagi, aku rasa hidup perlukan matlamat. untuk apa kau hidup dan cara untuk terus stay hidup in good condition. comfort zone.

dan fynn jamal juga pernah kata :
"saya adalah bukti yang kita tak perlu ada degree --untuk sesuatu --untuk jadi bagus dalam sesuatu."

Monday, June 20, 2011

18HB HARI UNTUK ABAH


seperti inilah aku mengagumi ABAH aku. terima kasih. sesungguhnya kau HEBAT !

Wednesday, June 8, 2011

BENCIK !


aku nak cuti aa. apa yang susah sangat kau nak bagi aku cuti ni. haishh

KAU JANGAN MACAM-MACAM


si A (bukan nama sebenar) sedang duduk berseorang di sebuah cafĂ© yang agak berbaloi untuk dia menghabiskan gaji pertamanya. Dengan merasakan diri begitu hip kerana minum kopi disitu  sambil beronline menggunakan ipad. Bukan computer biasa.  Ipad ye. 

Tapi si A bosan. Sunyi. Alam maya tidak lagi memberikan rasa bahagia untuk si A. kehidupan terlalu memakan dirinya.

fikiran si A sudah hilang tumpuan entah kemana. Mata merayau-rayau memerhatian enviroment sekeliling tanpa otak memikirkan apa-apa.

Tiba-tiba matanya terhenti di suatu sudut. Kaku di situ. Lama. Tanpa banyak berkelip. Memerhati dengan tiada apa-apa pun untuk difikirkan.

Di sudut itu kelihatan seseorang. Ya seseorang. Seseorang yang sedang menikmati secawan kopi juga sama seperti si A. pemandangan itu tidaklah begitu menarik pada mana-mana orang sekalipun kecuali si A
Di sudut hati si A seperti berkata sesuatu. Tapi si A belum pasti apakah yang ingin hatinya maksudkan. Si A memerhatikan lagi. Ade 2 cawan kopi di atas meja untuk seorang yang sedang dia perhatiakan itu.
Selang beberapa minit. Si A masih memerhati.

Seseorang tadi berlalu pergi sambil senyum dan eh kelip mata ? kepada si A dengan seorang kawanya sambil memegang tangan dengan erat sekali 

Damnn !                                               
             
Dalam hati si A berkata : arghhh kehidupan memang sedang menjamah dirinya.

Si A meneruskan minum kopi sambil beronline menggunakan ipad kesayangannya

NEW HAIR CUT



aku potong rambut macam ni. eh eh kau pakai tudung en ekin. haha yup yup. so do look like i care ! ada aku kesah haha :)